Aku Tokey Ayam.
Ini le yang aku dok pikir nak jadi 15 tahun dulu.Masa tu aku masih berkerja di Pizza Hut Sect 14 Petaling Jaya.Ada seorang staff aku yang mak berniaga ayam di Pasar Sect 17. Aku saja bertanya dengan staff tu berapa bakul boleh jual sehari.Kira punya kira jualan dia boleh mencecah hampir banyak juga. Dari situ le aku punya semangat nak buat. Tapi tu le tinggal semangat je sampai le awal tahun 2009 aku berjinak jinak dengan Ternakan ayam.2 tahun juga aku buat.Awal tahun 2011 aku mula menjual ayam daging. Dengan modalkan hanya ada RM300 ringgit sahaja masa tu. Order pertama aku dpt hantar ke Klang Lama. bukan banyak pun 50 ekor je seminggu. Kemudiannya dapat order dari sri kembangan 50 ekor seminggu dan bergitu le seterus nya sehingga sekarang ini.Alahmdulliah order semakin banyak dan rezeki allah semakin meningkat. Tidak pula aku impaian aku nak jadi tokey ayam tercapai walaupun mungkin orang sekelilinh menghina aku sebagai penjual ayam.Tapi aku tidak kisah.Biar la orang nak cakap asalkan aku tidak mencuri dan menipu orang.
Dulu aku jual ayam dari rumah sekarang dah ada kedai store dan sebuah Van. insyallah x lama lagi buka di Pasar Borong Selayang.Perminta semakin tinggi akan aku memerlukan kedai yang lebih besar untuk beroperasi.