Generated image

Friday, November 18, 2011

Kedai Telah Dibuka Pasar Borong Selayang

Alhamdulliah yang tidak terhingga keharderat ilahi ditas kurnianya, Kami telah pun membuka sebuah kedai diPasar Borong Selayang.Rasa Gembira yang x terhingga.Kedai yang telah lama dinantikan dari tahun 2001. Selepas 10 tahun akhirnya aku berjaya membuaka sebuah kedai ini.

Sekarang ia beroperasi sepenuhnya di Pasar Selayang.Walaupun jualan tidak bergitu meriah tetapi aku tetap tabah.Mudah mudahan allah bersama aku untuk terus berusaha dan tabah didalam mengejar impian aku sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju dah seiring bersama Pembekal ayam gergasi Insyallah. Ini le niat aku ketika mula menceburi area ini. Sekarang aku telah pun berhenti kerja dan menumpukan seluruh masaku untuk perniagaan ini.

Walaupun mengegang gaji yang agak lumayan sebagai Operation Manager tetapi aku tekat demi perniagaanku ini. Semoga pengorbanan aku berbaloi didalam perniagaan yang aku ceburi.

Aku memberikan Jenama Syarikat aku Sebagai Chicken Rich. Mungkin orang bertanya kenapa Chicken Rich? Kebanyakkan Cina menggunakan nama melayu tetapi aku memilih Nama English. Aku berhasrat Chicken Rich akan menjadi sebuah Jenama yang besar didalam Negara dan Luar Negara. Dengan nama tersebut maka akan lebih ramai Melayu lebih terpegun kerana dibelakang Chicken Rich Adalah dipunyai oleh anak melayu sendiri..Bukan Cina atau india.

Sebagai seorang yang ingin berjaya aku banyak menhabiskan masa pada perniagaan. Kadang kadang aku tidak bersama kelaurga demi mencari rezeki kepada anak anakku.Insyallah apabila berjaya akan kuberikan tumpuan kepada keluarga. Aku target dalam 2 tahun aku mampu membuka sebuah kilang proses ayam di Lembah Kelang.