Generated image

Thursday, May 31, 2012

Jualan Ayam Daging

Assalammualikum ,kepada semua pembaca Blog saya yang tidak seberapa ini.Alahmdulliah bersyukur kehaderat Alllah swt diatas kunianya yang tidak terhingga.Agak lama jug atidak menulis didalam blog ini. Ini semua diatas kesibukan berkerja seharian di Kedai Proses Ayam. Setelah pertungkus lumus, Perniagaan Ayam Segar telah menunjukan perkembangan yang positif. Bermula dari 10 ekor ayam sehari pada awal bulan January kini telah pun menigkat ke 600 ekor sehari. Ini adalah satu perningkatan yang amat memberangsangkan. Berbagai cabaran dan pancara roba yang kami tempuhi sepanjang 6 bulan ini.

Di awal Perniagaan saya sentiasa memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk memasarkan perniagaan ayam segar saya ini. Kedai berada dilokasi yang baik tetapi masih juga tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan ketika itu. kalu dilihat disekeliling saya banyak perniaga ayan yang mempunyai pelanggan, mereka menjual sekitar 50ekor sehingga 200 ekor. Tetapi saya hanya menjual 10 ekor sahaja.Sedangkan ayam kami lebih segar berbanding yang lain kerana kami memporses ayan sendiri. Setelah saya membuat beberapa kajian , saya dapati mereka ini mempunyai pelanggan tersendiri. Perniagaan mereka telah beroperasi 15 tahun yang lalu. Kebanyakkan pelanggan yang datang adalah regular customer atau pelanggan tetap.

Jadi Keyword disini adalah kita sebagai perniaga baru harus membina database pelanggan sendiri. Saya membuat keputusan untuk kelaur mencari pasaran diluar pasar borong selayang. Alahmdulliah setelah 1 minggu berjumpa dengan bakal pelanggan kami telah medapat pesanan sebanyak 200ekor sehari hantar kepada 2 buah Kantin Kilang. Bermula disini lah kami bertambah semangat untuk terus berusaha dah membuat lebih banyak pasaran. Pemasaran Netwoking dan Kenalan adalah perkara yang penting bagi memajukan sebuah perniagaan. Startegik perniagaan harus lah menepati masa dan keadaan setempat. 

Dengan mengunakan Mesin Buang Bulu Ayam yang bersize 10ekor sekali masuk kami boleh menyeiapkan 200 ke 300 ekor sehari.Cuma masanya mengambil agak lama sedikit untuk siap.Dengan perancangan yang betul dan tepat kami boleh membekal kepada Pelanggan mengikut masa yang ditetapkan. Sekiranya gagal berkemungkinan akan kehilangan pelanggan. Disini lah cabaran yang kami perolehi.

Kesimpulannya adalah sebagai seorang peniaga kita harus lah creative didalam Pemasaran dan perancangan perniagaan.Walupun perniagaan kita berskla kecil tetapi jangan sesekali kita pandang remeh.ini bagi memastikan kita dapat menjalankan pernigaan secara konsisten dan berterusan.Kepada mereka diluar sana yang menjalakan perniagaan ini harus lah berani menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Insyallah pasati anda berjaya