Pemborong Ayam Segar beroperasi di Pasar Borong Selayang.Kami juga membekal Ayam Segar untuk Kegunaan ayam dara dan ayam golek
Saturday, January 28, 2012
Aku Tokey Ayam: Kemahiran Perniagaan
Aku Tokey Ayam: Kemahiran Perniagaan: Ramai org berpendapat menjalankan perniagaan menjual ayam ini sebagai satu perniagaan yang tidak berpotensi dan busuk. Mereka juga meremehka...
Alhamdulliah
Setelah berbagai rintangan dan cabaran aku hadapi diminggu yang lalu.Pada minggu ini alhamdullilah. Nampak kemajuan berbanding sebelum ini. Sebagaimana yang aku beritau sebelum ini, tentang staff aku yg seorang tu, sekarang ini setelah aku brain wash ada la nampak kemajuan dari segala segi. Bangun tidur pun dah awal, terus buka kedai dan berniaga. Dari pengalaman semalam aku telah membuat persediaan yang berkemungkinan berlaku. Aku telah ambil seorang lagi staff bagi membuat kerja dibahagian malam. Result bagus. Staff aku yang seorang tu dah tidak stress dan perniagaan bertambah, selain itu aku juga ambil seorang lagi staff indonasia bagi membantu aku mengemas kedai agar sentiasa bersih dan kemas.
Masalah staff dah selesai, masalah hasad dengki pulak, setelah aku memagari kedai pada minggu lalu, masih ada lagi yang mencuba untuk menjatuhkan perniagaan aku. Hari Khamis lepas semasa ku keluar mengambil ayam, Ada mahluk allah yang berhati busuk telah meletakkan tanah hitam atau arang betul betul dihadapan kedai aku. Sesungguh nya aku kecewa dengan sikap bangsa aku sendiri. Apa lah salahnya kalu sesama kita berniaga dengan aman tanpa ada hasad dengki dan iri hati. Kalu cina boleh berniaga sebelah sebelah dengan product yang sama, kenapa kita tidak boleh berbuat demikian. Sebelum ini aku tidak le marah sangat sebabnya aku tidak mengetahui sangat. Tapi bila buat terang terang macam ini siapa tidak sakit hati. Aku baru je baik dari sakit perniagaan ni dah pulak nak menambah. Kalu aku berniaga sehari 2000 ekor ayam jual dan menganggu pasaan orang lain tak pe le juga, ini aku jual sehari baru 100 ekor, yang kiri aku depan aku jual sampai beribu ekor tu tidak pulak mereka dengki. BUkan aku menggangu tau berkurang ajar dengan orang orang sekeliling. Tidak pernah pun sekali aku tertegang leher dengan sesiapa semenjak aku berniaga disini. Dulu sebelum aku buka proses ayam sendiri, aku ambil ayam dari pusat sembelihan yang etrdapat didalam Pasar ini. Taukey Lim, CIna yang buka proses centere disini, dulu baik dengan aku sebab aku ambil ayam dengan dia, Sekarang ni dia pun dah boikot aku. SUngguh tidak paham, ap yang diaorg takut sangat dengan aku ni. Bukan modal besar pun. Kalu dengan jiran aku dia sentiasa support gila gila walaupun Company tu ada hutang dengan dia.
Bergini le cabaran berniaga dikawasan Pasar Borong Selayang, kalu hati tidak tabah dengan dugaan yang melanda rasanya dah lama tutup. Tetapi ini asam garam perniagaan, Disebabkan perkara perkara yang berlaku aku telah kerugian hampir RM 15 ribu...Bayangkan lah kalu sehari aku boleh buat jualan sebnayak RM1000 ekor. Disebabkan hasad dan dengki aku tidak dapat berniagan dengan baik selama 15 hari. January dan nak habis next week kena cari duit utnutk membuat bayaran bayaran bualan. Seperti Sewa, electrik,air, gaji staff dan sebagainya. Aduhhhhh mauh pening juga ni, Aku hanya berdoa kepada allah semoga dapat RAHMAT dari NYA agar membantu aku meringaan tanggungan bayaran yang harus aku hadapi nanti.
Tuesday, January 24, 2012
Pahit Manis Berniaga
Didalam perniagaan ni berbagai cabaran yang dihadapi...minggu dulu kedai customer tidak datang. Setelah berubat ini alahmdulliah semalam boleh le jual dlm 5 bakul@50 ekor.. Satu permulaan yang baik...harini lak masalah lain yang timbul...Budak yang berkerja dengan aku buat hal x buka kedai pulak..Pagi tadi ada customer aku order 20 ekor..disebabkan kedai x buka cancel order,,,aduhhhh sakit le macam ni....Minggu depan dah kena bayar sewa pulak...Duit supplier pun belum habis bayar lagi... ini le cabaran yang dihadapi semenjak aku buka kedai Prsoses ayam..Berbagai cabaran dan dugaan yang datang...Aku kena le buat Action Plan baru demi pernigaan aku...Walaupun kita berikan share kepada pekerja tidak bermakna mereka memikirkan sebagai mana kita pikir sebab mereka x keluar duit , jadi mereka tak rasa perit nya kita yang keluar duit ini..
Hari ni kedai x buka...bukan itu sahaja dalam kedai ada 80 ekor ayam hidup..x pikir ke ayam itu dibiarkan akan menyusut..pun x de pengalaman...so x boleh ke nak pikirkan mcm mana nak mengurangkan kerugian..Simple understanding...itu pun x boleh nak pikirkan...wajip mlm ni supplier minta duit ayam...nak bayar pakai apa kalu ayam x terjual..kalu buka kedai dari pagi boleh juga le jual dalam 20 ke 30 ekor...Malam ni boleh jual lagi 30 ekor...boleh le dpt duit sikit untuk bayar supplier...
Aku berikan dia peluang untuk berjaya..tanpa modal dia mempunyai perniagan sendiri...walaupun sharenya sedikit tapi at least boleh buat sebagai plat form untuk maju...tapi kalu tidak berdisiplin mcm ni bila nak maju..buka kedai ikut suka hati..tidak pikir kan syarikat.Semalam pun kalu x disebabkan aku buka kedai harus juga x berniaga...korang bayangkan lah sehari aku buka dri pagi sampai petang dia tidur je yang berkerja dia atau aku berkerja...Ada customer datang kedai pukul 6 petang masa tu aku kat kedai sebelah, sahaja aku biarkan nak tengok adakah dia nak keluar ambil customer ....Puas customer dok tunggu sampai diaorg pergi dan singgah dikedai yang aku lepak...hemmm..dalam hati aku... mcm ni mcm mana nak berjaya...leka sampai x sedar customer datang nak membeli...macam ni bukan nak berjaya nak bengkrap boleh le... ......susah mcm ni...semenjak dua minggu ini perangai dia 100% change..Dah mula malas, asyik tidur...
Hati aku dah semakin panas..demi perniagaan aku kena buat ssuatu sebelum terlambat..Malam ni aku kan berbincang dengan seorang kawan dia juga..nak masukkan dia berkerja dengan aku...diaorg ni dulu kerja dengan jiran sebelah aku....Jiran aku buang diaorg so aku ambil sebab nak diaorg berjaya lagi pun ada protensi..dan ingin memajukan mereka...Budak yang kerja dengan aku ni dan budak yang aku nk masukkan ni x serasi..tapi segaja aku nak masukkan supaya dia rasa tercabar..mungkin dengan cara ini dia akan lebih berubah..aku harap mcm tu le..tapi kalu x berubah juga aku kena berdepan dengan dia supaya dia sedar akan kesilapannya.....kita tengok le mcm mana nanti..
Sunday, January 22, 2012
Kemahiran Perniagaan
Ramai org berpendapat menjalankan perniagaan menjual ayam ini sebagai satu perniagaan yang tidak berpotensi dan busuk. Mereka juga meremehkan perniagaan ini dengan kata tidak mempunyai masa depan yang baik..Semasa aku mula2 buat pernigaan ini aku selalu di kata dan ditanya...Kenapa le nak buak perniagaan ayam ini. Aku mempunyai pandagan sendiri dan pendapat aku sendiri didalam perniagaan ini.
Sudah hampir 60 tahun pernigaan ini di kuasai oleh orang orang cina. Kalu diperhatikan. Bermula dari perniagaan anak ayam sehingga le menjual ayam semuanya Orang mereka.Tanya le pada diri kita kenapa?????
Sehari permintaan ayam sebanyak 10 juta ekor, tetapi pengeluaran di Malaysia tidak mencapai sebanyak itu. Kerajaan terpaksa mengimport ayam dari negara luar bagi memenuhi permintaan didalam negara. Pikir lah sekiranya kita dapat mengawal 1 % pasaran diMalaysia untuk sehari pun telah mencapai 100,000 ekor.
Andaikan:-
Sehari Jualan 100,000 ekor
Berat Ayam sekitar 2kg
Berat Ayam jualan 200'000 kg
sekilo harga RM6.30
Jualan Sehari RM 1'260'000
Dengan keuntungan RM.60/kg
Keuntungan Jualan Sehari RM120'000
Keuntungan Sebulan RM3'600'000
Dengan dilihat dari pengiraan diatas, kita renungkan, adakah ia tidak menguntungkan. Tetapi perkara yang perlu diambil berat adalah modal yang diperlukan agak besar. Kalu sekiranya modal yang ada terlalu sedikit, ia akan mengganggu kelancaran operasi perniagaan.
Pelajaran Dan Pengajaran
Alhamdulliah,
Sudah 1 bulan kedai Proses aku di buka..Masa muka2 buka dahulu boleh jual sehari dlm 6 ke 7 bakul...Aku pun dok kira kira...boleh sampai 10 bakul kalu masuk minggu yang ke 2..Segala cita2 dan impian untuk membuka kedai proses sudah terlaksana, Cabaran baru bermula selepas 2 minggu kedai proses ayam dibuka... Masuk minggu kedua aku order lebih kurang 15 bakul pada hari jumaat. Sebab JUamaat sebelum tu habis 10 bakul...setelah kami proses 2 bakul ayam pad apagi tersebut dengan hati yang riang dan ceria. Sambil menunggu Pelanggan..mcm biasa aku layari internet...sedang leka dok online....sedar2 dah pukul 1 tengahari...Aku rasa cepat betul masa berlalu...hemmm baru aku tersedar semasa dok leka berintenet rupa2nya seekor pun ayam x terjual....aku hairan...sebelum ni kalu Pagi sahaja boleh jual 4 bakul..ini pulak seekor pun xjual..hemm aku pun x kisah sgt le sbb bukan rezeki agaknya...
Lewat ke petang ..Aku dan Bae..sembelih lagi 1 bakul...dengan harapan ada le yang membeli...tungu punya tunggu x de seorang pun yang singah ke kedai aku...hairan...nak kata ak ada org....kedai depan penuh je memanjang...kenapa org x datang ye..sedangkan ayam aku lebih Fresh dan segar dari kedai depan,,sbb aku prose sendiri..sedangkan kedia depan ayam pagi tadi..silap2 mlm tadi punya...aku mula x puas hati...terus ke kedai depan untuk melihat apa yang special.... hemmmm...aku tgk ayam ayamnye punya le lebam,,,ayam semalam lagi..tapi masih boleh jual sedangkan ayam aku fresh dan segar masih merah berdarah.... x de juga yang sudi nak membeli...Aku tunggu lagi sampai ke 8 malam...x de sorang ynag singgah pun....ada juga le motor lalu memandang.. tapi x singgah hanya singgah dikedai depaan aku...hemmm..hairan hairan...
hari tersebut aku cuma jual 5 ekor sahaja..
Pelikkan..mcm mana boleh berlaku mcm tu....x pe lah...x de rezeki agaknya..esok cuba lag...Esoknya hari Sabtu...Kami sembelih 10 ekor diwaktu pagi....Ayam diletak diatas meja jualan mcm biasa....dari pkl 8 pagi sampai ketengah hari...hanya 1 ekor terjual..Pelik kata hati ku...x pernah jadi mcm ni....Apa le agaknya x kena kan...
Nak kata org x nampak...aku letak bakul didepan kedai...x kan le org x tau yang aku jula ayam hidup sembelih depan diaorg,,,,,Hari Sabtu tu aku hanya Berjaya jual 4 ekor sahaja. Semenjak hari tersebut....Kami nya pt jual sehari 4 ke 5 ekor sahaja..x mcm sebelum ini....boleh jual 50 ke 60 ekor..
Ini le dugaan sebagai perniaga jual ayam segar..terlalu banyak persaingan dan juga musuh tanpa kita sedari...2 minggu selepas itu aku mula syak sesuatu...Aku sebenarnya kurang nak percaya benda2 tahyul ni..tapi bak kata org berusaha lebih baik dari mendiamkam diri...aku pun berjumap dengan seorang ustaz untuk memulihkan kedai atau pun minta lebih memberkati perniagaan aku..Dengan pertolongan Ustaza tersebut dan diizinkan allah...Segala yang dihajati telah terlaksana...tetapi kata ustaz tersebut beliau diganggu ketika menyiapkan untuk memagar kedai aku tu...Rasanya ada juga yang degki dengan aku sebab aku buka kedia proses ayam disitu...ENtah le aku x paham dgn sikaporg melayu...apa salahnya bersaing dgn sihat..menggukanakn akal dan daya creativity sendiri untuk memajukan perniagaan bukannya dengan cara bermain dgn mahluk halus seperti itu..
Dah dua hari kedai dibuka semula..alhamdulliah telah berbalik kepada normal...Bergitu le Pengajaran dan Pelajaran yang aku dpt,...Sebelum kita membuka sebuah kedai kena le kita berhati2 dan bersedia diatas segala kemungkinan yang bakal berlaku...
Bayangkan le..disebabakn perkara seperti aku aku kerugian lebih kruang RM 3000..sehinggakan berhutang dgn suppiler ayam aku...huhuuhu kesiankan....
Subscribe to:
Posts (Atom)