Generated image

Saturday, January 28, 2012

Alhamdulliah

Setelah berbagai rintangan dan cabaran aku hadapi diminggu yang lalu.Pada minggu ini alhamdullilah. Nampak kemajuan berbanding sebelum ini. Sebagaimana yang aku beritau sebelum ini, tentang staff aku yg seorang tu, sekarang ini setelah aku brain wash ada la nampak kemajuan dari segala segi. Bangun tidur pun dah awal, terus buka kedai dan berniaga. Dari pengalaman semalam aku telah membuat persediaan yang berkemungkinan berlaku. Aku telah ambil seorang lagi staff bagi membuat kerja dibahagian malam. Result bagus. Staff aku yang seorang tu dah tidak stress dan perniagaan bertambah, selain itu aku juga ambil seorang lagi staff indonasia bagi membantu aku mengemas kedai agar sentiasa bersih dan kemas.

Masalah staff dah selesai, masalah hasad dengki pulak, setelah aku memagari kedai pada minggu lalu, masih ada lagi yang mencuba untuk menjatuhkan perniagaan aku. Hari Khamis lepas semasa ku keluar mengambil ayam, Ada mahluk allah yang berhati busuk telah meletakkan tanah hitam atau arang betul betul dihadapan kedai aku. Sesungguh nya aku kecewa dengan sikap bangsa aku sendiri. Apa lah salahnya kalu sesama kita berniaga dengan aman tanpa ada hasad dengki dan iri hati. Kalu cina boleh berniaga sebelah sebelah dengan product yang sama, kenapa kita tidak boleh berbuat demikian. Sebelum ini aku tidak le marah sangat sebabnya aku tidak mengetahui sangat. Tapi bila buat terang terang macam ini siapa tidak sakit hati. Aku baru je baik dari sakit perniagaan ni dah pulak nak menambah. Kalu aku berniaga sehari 2000 ekor ayam jual dan menganggu pasaan orang lain tak pe le juga, ini aku jual sehari baru 100 ekor, yang kiri aku depan aku jual sampai beribu ekor tu tidak pulak mereka dengki. BUkan aku menggangu tau berkurang ajar dengan orang orang sekeliling. Tidak pernah pun sekali aku tertegang leher dengan sesiapa semenjak aku berniaga disini. Dulu sebelum aku buka proses ayam sendiri, aku ambil ayam dari pusat sembelihan yang etrdapat didalam Pasar ini. Taukey Lim, CIna yang buka proses centere disini, dulu baik dengan aku sebab aku ambil ayam dengan dia, Sekarang ni dia pun dah boikot aku. SUngguh tidak paham, ap yang diaorg takut sangat dengan aku ni. Bukan modal besar pun. Kalu dengan jiran aku dia sentiasa support gila gila walaupun Company tu ada hutang dengan dia.

Bergini le cabaran berniaga dikawasan Pasar Borong Selayang, kalu hati tidak tabah dengan dugaan yang melanda rasanya dah lama tutup. Tetapi ini asam garam perniagaan, Disebabkan perkara perkara yang berlaku aku telah kerugian hampir RM 15 ribu...Bayangkan lah kalu sehari aku boleh buat jualan sebnayak RM1000 ekor. Disebabkan hasad dan dengki aku tidak dapat berniagan dengan baik selama 15 hari. January dan nak habis next week kena cari duit utnutk membuat bayaran bayaran bualan. Seperti Sewa, electrik,air, gaji staff dan sebagainya. Aduhhhhh mauh pening juga ni, Aku hanya berdoa kepada allah semoga dapat RAHMAT dari NYA agar membantu aku meringaan tanggungan bayaran yang harus aku hadapi nanti.

No comments:

Post a Comment